24 June 2010

Muharrik, Mutaharrik, Syibhul Mayyit wal Mayyit

Assalamualaikum wbt ikhwah wal akhwat yang disayangi Allah Taala...

Alhamdulillah..berkesempatan jua ana menukilkan sesautu dalam ruangan peribadi yg Allah mentaqlifkan kepada ana nie..
moga-moga perkOngsian kita dapat membangunkan ummah yang Syibhul Mayyit akhir zaman ini....

Ana petik dari murabbi kesayangan...Ustaz Salam..jzkk ustaz..^_^

Empat istilah yang sengaja menyusahkan pembaca bagi yang tidak faham bahasa Arab. Tapi ia baik untuk menggambarkan 4 bentuk manusia muslim pada hari ini.
Muharrik ialah penggerak. Mutaharrik adalah yang bergerak tetapi tidak semestinya penggerak. Syibhul Mayyit adalah hampir mati atau menyerupai mati tapi tidak mati. Mayyit adalah mati.
Untuk apa term-term pelik ini? Ia menggambarkan bentuk-bentuk kita muslim hari ini. Ada yang menggerakkan orang lain, tidak rela melihat muslim lain hanya diam tidak bergerak, cuba menggerakkan walaupun ia sukar.
Ada yang hanya bergerak. Bergerak bila di gerakkan dan tidak mampu atau tidak berusaha untuk menggerakkan orang lain.
Ada yang hidup tetapi seolah-olah mati. Ia tidak bergerak walaupun cuba digerakkan. Apatahlagi akan bergerak sendiri. Setelah digerakkan, ia tetap tidak bergerak. Tapi yang pasti ia masih hidup kerana nadinya masih ada, dadanya masih bergerak-gerak dan sesekali ia berpusing ke sana kemari.
Yang mati semua di fahami. Ia tidak ada nafas lagi. So tidak ada gunanya digerakkan kerana ia tidak akan bergerak.
Ketika subuh di asrama atau di rumah-rumah, kita akan dapati ketiga-tiga bentuk di atas. Tetapi kita tidak akan jumpa bentuk keempat tentunya kecuali di hospital. Ada orang yang yang bangun dan menggerakkan orang lain untuk bangun subuh. Ada orang yang bangun sendirian sahaja atau bangun bila digerakkan, tetapi ia tidak menggerakkan orang lain. Ada orang yang tidak bangun-bangun walaupun disimbah sebaldi air….
Tetapi kita tidak berbicara tentang subuh atau zuhur atau solat-solat lain. Kita berbicara tentang soal yang lebih besar. Tentang al-muddathir dan bukannya al-muzzamil, walaupun kedua-duanya adalah besar.

01 June 2010

kita BURUNG atau MANUSIA ?

Assalamualaikum wbt ikhwah akhwat yg Allah kasihi semua...


Satu perkongsian dari seorang ukhti..

Kita ditampar dengan tamparan realiti yang amat kuat: Israel
laknatullah mengotakan sumpahnya akan menghalang bantuan kemanusiaan
tiba kepada rakyat palestin jauh lebih awal dari yang dijangka. Nyata
Israel adalah kaum yang kuat berpegang pada sumpah. israel tak perlu
takut kecaman dunia akibat melanggar undang-undang antarabangsa dan
undang-undang moral manusia. Kan dunia ni memang israel yang punya?

umat islam yang ditampar dengan realiti pun bangun dari mimpi-mimpi
yang panjang. dalam masa satu malam tiba2 palestin masuk ke
facebook-facebook kita. tiba2 palestin masuk ke dalam doa-doa kita.
tiba2 palestin masuk ke dalam sembang-sembang kita. syukur
alhamdulillah atas kesedaran ini.

tetapi palestin dan mereka2 yang menanti syahid di atas kapal Mavi
Marmara tidak perlukan simpati kita, mereka sedang menanti syahid yang
akan terus menghantar ke pintu syurga! Mereka sedang menikmati
keindahan, jadi simpati untuk apa? Simpati adalah atas perkara2 yang
sedih, bukan berita gembira seperti syahid.

Bersimpati lah kepada diri sendiri. Mereka dapat syahid kita dapat apa?

Berhentilah berazam untuk menjadi burung pipit yang mencurah air ke
atas api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Kisah burung pipit itu untuk
mendorong kita bergerak, tapi takkan selama2nya ingin mencurah air
sahaja. kalau semua orang nak jadi burung pipit, siapa yang nak
mengganti tempat Nabi Ibrahim yang dibakar api? Burung pipit atas
kudratnya yang lemah itu, mencurahkan air itu adalah satu tugasan yang
sangat mulia kerana setimpal dengan batasan tenaganya.
tapi kita ini manusia bukan?, dan Nabi Ibrahim yang dibakar dalam api
itu manusia seperti kita juga. Jadi berazamlah untuk berjuang seperti
Nabi Ibrahim, sampai sanggup dibakar dalam api demi agama ini.Mereka
yang di atas kapal itu sedang berusaha mencari ketinggian darjat Nabi
Ibrahim insyaAllah, dengan menghantar diri ke dalam api yang marak
menyala. Lalu kita yang di luar api inilah burung-burung pipit yang
panik melihat api yang sedang marak. tapi kita sudah berbuat apa pun?

sorak-sorai dan hingar-bingar yang kita ciptakan setiap kali sesuatu
musibah menimpa ke atas palestin sememangnya perlu, untuk mengingatkan
penduduk dunia, bahawasanya kita ini, umat islam, masih ada, masih
bernafas, walaupun nafasnya nyawa-nyawa ikan sahaja. hingar-bingar ini
akan menyedarkan umat manusia bahawa masih ada satu bilion penduduk
islam lagi di atas muka bumi ini yang akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan palestin.

tapi nanti bila piala dunia bola sepak bermula hingar-bingar ini akan
senyap semula. atau bila one in a million musim baru bermula palestin
akan hilang semula. saya berani jamin, kalaupun semua yang di atas
kapal Mavi Marmara itu syahid, anugerah juara lagu tahun ini akan
berlangsung juga. hari ini kita mengutuk israel laknatullah, besok
kita beratur untuk beli tiket ke anugerah juara lagu.

dalam usrah saya pernah menyuarakan perkara yang sama, lalu seorang
adik memberitahu, “biasalah tu, manusia kan sentiasa berfikiran, yang
lepas tu lepas lah, kehidupan harus diteruskan bagi yang masih
tinggal’

lalu jawapannya apa?
ingatlah, palestin tak perlukan tangisan kita, walaupun keluar air
mata darah sekalipun, mereka lebih jelek melihat tangisan itu yang
hanya meraih simpati. Betul, mereka perlukan doa kita, tetapi mereka
mahukan doa yang bergerak. Bukan doa yang statik di atas tikar
sembahyang. Mereka perlukan perajurit2 yang sanggup meninggalkan
kesenangan2 duniawi ini dan bangkit bergerak menyedarkan manusia2
lain, bahawasanya untuk membebaskan palestin hanya boleh dengan
menjadi world order, seperti yang sedang disandang oleh israel dan
sekutunya amerika.  dan utnuk menjadi world order ini kita tidak ada
pilihan lain selain bermula dari bawah, iaitu membentuk individu2
muslim.

Maka perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain untuk menjadi baik!

Betulkah denagn cara ini kita akan dapat membebaskan palestin?
wallahua’lam. Segala keputusan adalah di tangan Allah jua. tetapi
disinilah kita boleh menjadi burung pipit, apabila Allah bertanya
kelak apa perbuatan kita apabila palestin disembelih israel, moga2
kita boleh menjawab denagn jawapan As-Syahid Imam Hassan AlBanna:
“Saya sudah menyeru manusia ke arah kebaikan di waktu pagi, petang dan
di waktu cuti saya”

Begitulah yang dimahukan, beralasan seperti burng pipit, tetapi
bekerja seperti nabi Ibrahim a.s

Allahua’lam.

30 May 2010

Laju atau Perlahan di Jalan Dakwah


Assalamualaikum wbt.. 
Pagi tadi saya sempat beriadah bersama anak saya lepasan SPM. Kami jogging di padang Majlis Daerah Ketereh.Seronok bila dapat luangkan masa bersama anak remaja. Kami boleh bersembang, bertukar-tukar fikiran. Pada mulanya dia lari laju. Saya berlari perlahan saja. maklumlah usia dah separuh abad, mana mampu lari laju.Pada round ke 2 mengelilingi padang, dia dah masuk round ke 3.

Saya dah keletihan. Kami berjalan sambil berbual. Saya tahu dia masih mampu berlari, tapi mungkin dia saja mahu bersembang dengan saya.

" Ayah...kalau kita lari laju di peringkat awal tentu cepat terasa penat ye..?,"

" Betul Am..." jawab saya ringkas.

" Kadang-kadang berhenti dan keluar padang kerana kepenatan..walaupun tidak mencapai target yang kita hajatkan..." Sambungnya lagi...

Saya diam saja, Menarik persoalan tu,namun saya tak dapat menyelami perasaannya.

"Am rasa kalau kita lari konsisten walaupun tak laju, InsyaAllah kita tentu sampai ke matlamat kita"

"Kenapa Am cakap gitu..?

" Am fikir kalau kita laksanakan kerja dakwah dalam keadaan terlalu bersemangat sangat dan gopoh di peringkat awal mungkin kita cepat give up"

Alangkah seronoknya hati saya, bila dia menyebut perkataan "kerja dakwah". Saya tak menyangka dalam kami sama-sama berjogging, persoalan itu berligar didalam kepalanya.

" Kenapa pulak give up "

" Ye lah...kita buat kerja teruk-teruk, mungkin  kita gagal atau orang lain tak hargai kerja kita"

" So...Am nak buat macam mana? " saya kemukakan persoalan.

" Itulah pentingnya tarbiyah, kalau tarbiyah tak berjalan, tentu kita cepat keletihan. Bagi Am..biarlah Am berlari perlahan asalkan konsisten, yang penting sampai ke garisan penamat"

"Ayah setuju, sebab tu lah Am, kita perlu duduk dalam tarbiyah, selalu bersama dengan sahabat"

" Itulah yang Am bimbang kalau masuk U, jauh dengan sahabat...." tambahnya lagi

" InsyaAllah, sekarang ini kita boleh berhubung dengan banyak cara.Kita kenalah bijak memenafaatkannya"

Kemudian, kami berlari bersama-sama sehingga habis round  ke 4 (Dia tamat round ke 5)

" Am...tak salah kita lari laju diperingkat awal, sebab mungkin kita rasa kita punya tenaga yang kuat.Tapi yang penting bila kita keletihan, kita boleh berjalan kaki, namun sebagai pejuang kita jangan sekali berhenti atau keluar dari padang. Perjalanan kena diteruskan, bila kita bertenaga, kita teruskan larian kita, begitu juga dalam amal islami, kita haruslah istiqamah diatas yang Islam"

Dia tersenyum puas. Hati saya cukup seronok pagi itu. Dapat bermesra dengan anak sendiri,dapat memahami perasaannya, bukan senang nak jogging bersama. Betullah kata sahabat saya Saudara Rosdi Baharom (seorang pakar motivasi keluarga) Dia selalu kata " Kita perlu selalu memperbaharui taaruf kita bersama isteri dan anak-anak kita , adakalanya kita masih belum kenal sepenuhnya anak dan isteri kita"

"Ya Allah Engkau kurniakan kepada kami anak-anak yang soleh yang membahagiakan hidup kami ,Ameen."

19 April 2010

Hayati Perjuangan Assabiqul Al-awwalun..dimana letaknya KITA?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka seluruh jasad akan baik dan jika ia rosak maka seluruh jasad juga akan rosak. Ketahuilah, itulah hati.


Ada tiga unsur penting yang ada pada diri para sahabat RA yang mengungguli mereka daripada orang lain. Seandainya ketiga-tiga hal itu wujud di dalam diri kita, nescaya kita akan berjaya melangkah ke jalan kemuliaan dan kemenangan, sebagaimana yang telah mereka perolehi.

PertamaUnsur Keimanan Yang Sempurna

Keimanan inilah yang membersihkan mereka dari keinginan apa pun selain dakwah. Mereka telah mendengar seruan, "Maka segeralah kembali kepada Allah." (Adz-Dzariyat:50)

Mereka menjadikan kalimah La ilaha illallah sebagai slogan, pada saat yang sama mencampakkan slogan selainnya. Orang-orang musyrik berada dalam kesesatan kerana mereka mempertuhan selain Allah. Orang-orang Parsi berada dalam kesesatan kerana mereka mengabdikan diri kepada nafsu dan syahwat. Ahli kitab berada dalam kesesatan kerana mereka menjadikan pendeta dan orang-orang alim mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah. Bumi secara keseluruhan berada di atas panji kesesatan kerana tidak mengambil cahaya daripada Allah. Para sahabat RA berada di atas kebenaran yang nyata kerana mereka telah menghindari penyembahan kepada berhala dan hawa nafsu serta menyerahkan seluruh pengabdian kepada Allah. Mereka tidak beribadat kecuali kepada Allah, tidak patuh kecuali kepada Allah, tidak bergantung kecuali kepada Allah, tidak memohon kecuali kepada Allah dan tidak merasakan kebahagiaan kecuali kerana berdekatan dengan Allah. Mereka tidak merasa menderita kecuali oleh dosa yang menjauhkan dari Allah. Semua itu merupakan faktor pertama yang menyatukan hati mereka, kerana mereka tidak patuhi kepada si fulan atau si fulan.

أبى الإسلام لا أب لى سواه ** إذا افتخروا بقيس أو تميم

Bapakku Islam, tidak ada bapak selainnya bagiku
Ketika orang ramai berbangga dengan Qais atau Tamim

Para sahabat RA tahu bahawa bumi ini milik Allah yang diwariskan kepada siapa saja di antara hamba-hambaNya yang dikehendakiNya dan bahawa kesudahan yang baik akan diperolehi orang-orang yang bertaqwa. Segala perbedaan yang biasanya memecahkan hati-hati menjadi kelompok-kelompok yang berpecah musnah lantaran mereka telah diwarnai oleh sibghoh (celupan) Allah. (Al-Baqaroh:138)

KeduaUnsur Cinta, Kesatuan Hati dan Pautan Jiwa.

Faktor apa lagi yang menjadikan mereka berselisih? Apakah mereka akan berselisih kerana kenikmatan dunia yang fana ataukah kerana perbedaan gaji, tugas dan status, sedangkan mereka mengatahui bahawa "Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa." (Al-Hujurat:13)

Justeru tidak ada faktor yang menyebabkan mereka berpecah-belah. Mereka bersatu dan bersaudara. Yang satu tidak menghinakan yang lain, tetapi masing-masing mencintai saudaranya dengan sepenuh kecintaan, kecintaan yang mencapai tingkatan itsar (mengutamakan orang lain). "Dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan)." (Al-Hasyr:9)

Mereka juga sentiasa menghayati firman Allah yang bermaksud, "Katakanlah jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (At-Taubah:24)

KetigaUnsur Pengorbanan.

Mereka telah faham semua ini, sehingga rela memberikan apa saja untuk Allah, hinggakan ada di kalangan mereka yang merasa keberatan mengambil ghanimah yang telah dihalalkan oleh Allah untuk mereka. "Maka makanlah dari sebahagian rampasan perang yang telah kamu ambil itu, sebagai makanan yang halal lagi baik." (Al-Anfal:69)

Hal inipun mereka merasa keberatan dan menghindari. Mereka meninggalkannya kerana mengharapkan pahala dari Allah swt. agar amal mereka tidak dikotori oleh kepentingan peribadi.

Ketiga-tiga unsur ini iaitu keimanan yang membersihkan diri mereka dari fikiran apapun selain makrifatullah, ukhuwwah yang mengikat hati mereka sehingga seakan-akan menyatu dan pengorbanan yang mendorong mereka untuk memberikan jiwa dan harta dalam rangka menggapai ridho Allah, yang menyebabkan mereka tampil dalam profil seperti ini. Faktor-faktor inilah yang telah mengeluarkan sekelompok manusia tersebut dari kehinaan kepada kemuliaan, dari perpecahan kepada kesatuan, dan dari kebodohan kepada ilmu. Mereka adalah pemberi petunjuk bagi umat manusia dan calon-calon pengantin di syurgaNya yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan abadi.

Semoga Allah dorongkan kita untuk mengikut jejak langkah para sahabat RA. Sabda Nabi saw. "Sahabat-sahabatku seumpama bintang-bintang, siapa sahaja di kalangan mereka yang kamu contohi nescaya kamu akan mendapat petunjuk."

wallahu'alam...coretan 19042010_0753

03 March 2010

seGalanya bermula dari.....


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Jalan Dakwah...Sudah menjadi lumrah dunia yang fana...

Memang kebiasaannya mereka yang memulai jalan ini akan merasai kemanisan. Kerana mereka belum pernah mengalami suatu bentuk hidup baru yang memang tidak terdapat di luar sana. Dunia luar penuh dengan leka, memenatkan jiwa dan batin dan kerangka kosong yang tidak dapat memenuhi keperluan ruh manusia. 

Tiba-tiba mereka mendapati suatu yang indah dan tenteram, yang sebelum ini hanya dibaca di dalam buku-buku ‘agama’ tentang manusia silam di awal Islam. Sekarang tiba-tiba mereka dapat merasainya sendiri sekelumit dari nilai-nilai yang hilang ini di dalam hidup mereka. Mula merasai indah dan permai, ibarat sang musafir di padang pasir yang baru ketemu ‘wadi’ dengan air sejuk dan pohon yang teduh.



Tetapi kemanisan ini juga tidak akan dapat bertahan. Ekspektasi mereka yang terlalu tinggi terhadap manusia-manusia tarbawi ini mengejutkan mereka bila berdepan dengan situasi-situasi ‘kurang islami a.k.a jahiliyyah’ dari masyarakat yang dianggap suci pada pertama kali pertemuan. Ada yang terus tersentak kembali, tidak dapat menerima kenyataan dan men’kecai’kan harapan tinggi mereka. Ini juga menyebabkan mereka terus lari, meninggalkan rumah tarbawi ini tanpa notis dan mungkin kembali ke ‘alam asal’ duduk bersendirian, kalaupun tidak membenci dan mengutuk para ‘masyarakat tarbawi’ ini.
Ini semua adalah kesilapan titik tolak juga.

01 March 2010

Buatmu ikhwah akhawat tersayang..

nukilan akhwat dari negeri Jelapang Padi..buat sahabat dan jua adik-adik dalam saff perjuangan ini..


Assalamualaikum...

Lama sungguh tak melarikkan bait kata di teratak ni.. rindu, sangat rindu untuk menulis, apakan daya, hambatan masa, timbunan kerja dan tugasan yang perlu dibereskan.. kekadang idea mencurah, tapi tak berkesempatan menzahirkannya ..

Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah swt, yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.. Selawat dan salam ditujukan khas untuk kekasih Allah swt, insan pilihan, baginda nabi Muhammad saw...

19 April 2009

Jiwa Yang Mencari Redha-Nya






Bagaimana mungkin...
Hati yang penuh dengan titik-titik hitam dosa
Menerima nusrah dari-Nya?


Bagaimana mungkin
Jiwa yang tidak redha dengan ujian-Nya
Kembali kepada-Nya dengan diredhai-Nya?
Bagaimana mungkin
Ku perolehi nuur kasih-Nya

Bila aku tenggalam dalam lautan dosa yg pekat zulmat?
Dosa-dosa itu memaku kakiku
Memberatkan langkahku
Mengkeruhkan tasik jiwaku

Wahai Rabb yang Memberi Hidayah..

Bantulah aku menghapuskan petualang dalam diriku
Pandulah aku dalam kembara yang panjang ini
Tunjuki hati-hati ini
Arah mana perjalanan ini..

Dan kemudian perteguhkanlah kami..
Seperti mana janji-janji-Mu
Tiadalah aku punya hak menagih janji..
Aku cuma merayu diperkenankan du’a..

Kerana hanya Engkau pergantungan hati-hati ini..
Dan hati-hati ini..
Ingin bangat menemui-Mu dalam redha
dan dalam keredhaan-Mu..


0947, 121208

inspired by surah al-Fajr : 27-30

28 September 2006

lebih baik diam

"Rasulullah s.a.w sedang duduk – duduk bersama Sayidina Abu Bakar as – Siddiq. Datang seorang lelaki lalu memarahi dan mencaci – hamun Sayidina Abu Bakar. Sahabat mulia itu diam sahaja, tenang mendengar tohmah dan seranah yang dihamburkan kepadanya. Melihatkan Sayidina Abu Bakar tidak bertindak apa – apa, lelaki itu menjadi semakin berang.

Suaranya semakin lantang mengherdik dan menengking Sayidina Abu Bakar. Namun, caci dan makian itu tidak juga menyebabkan Sayidina Abu Bakar marah. Apa lagi bertindak balas. Beliau duduk diam sahaja di samping Rasulullah s.a.w. Dibiarkan lelaki yang tidak dikenali itu terus galak dengan perangai bodohnya.

Barangkali berasa malu kerana gagal membuatkan Sayidina Abu Bakar bertindak sesuatu, lelaki itu mencaci sekali lagi. Kali ini lebih hebat dan lebih keras. Dituduh, dikeji dan difitnah dengan pelbagai tuduhan serta bahasa yang sungguh kesat, sehingga sahabat mulia itu berasa maruahnya tercabar.

Akhirnya perlahan – lahan Sayidina Abu Bakar bingkas. Melihat Sayidina Abu Bakar lah.a bangun, Rasulullah s.a.w yang sedari tadi berdiam tenang pun ikut bangun. Spontan menarik perhatian Sayidina Abu Bakar, lalu beliau pun bertanya, “ Wahai Rasulullah ! Adakah kau juga mahu membelaku ?”

“Tidak,” jawab Rasul sepatah. “Waktu engkau berdiam diri tadi, malaikat berdiri di sampingmu untuk menafikan kata – kata lelaki itu. Tetapi apabila engkau bangkit untuk menjawab caciannya, malaikat pun beredar meninggalkanmu. Sekarang yang datang adalah syaitan.

Untuk apa syaitan datang ? Untuk mengapi – apikan lagi suasana yang sudah mulai panas. Untuk melagakan lagi keretakan yang sudah mulai pecah dan menyerpih.

Allah s.w.t mengingatkan dalam firman Nya : “ Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak berfaedah, mereka berpaling daripadanya dan berkata, “ Bagi kami amal – amal kami dan bagimu amal – amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang – orang yang jahil. ( Al – Qassas : 55 )

"

jangan lupa diri sendiri

"Bagi seorang hamba yang soleh, satu perkara yang amat menakutkan ialah bilamana Allah s.w.t. melupakan dirinya. Apabila Allah lupakan kita, maka tidak bermakna lagi antara hidup dan mati. Semuanya penderitaan belaka. Bagaimana Kalau ummi kita lupakan kita. Itu pun sudah tak tahan. Masya Allah, gambarkanlah situasi seorang hamba yang dilupakan Penciptanya.

Jika Allah menjadikan seseorang lupa pada dirinya sendiri, tak kira siang atau malam, ia hanya sentiasa terarah mengabai dan membinasakannya. Bagaimana andai situasi ini membelenggu hidup kita? Apa tindakannya kalau suasana ini melingkari batang tubuh kita, isteri dan anak-anak kita? Apa caranya untuk mengembalikan semula ingatan itu?

Ada orang ragu, apakah benar wujud orang yang melupakan diri sendiri? Apa yang tidak benarnya? Bukankah kita sering mengatakan bahawa si polan itu telah lupa diri, lupa daratan dan sebagainya? Kebenaran perkara ini lebih jelas dan nyata bilamana kita merujuk kepada Kitabullah sepertimana maksud firman-Nya: “Janganlah kamu menjadi orang-orang yang lalai kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lalai (lupa) kepada (terhadap) diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik.”(Al-Hasyr: 19)

Sama ada Allah melupakan seseorang atau menjadikan dirinya lupa pada diri sendiri, kedua-duanya adalah hukum kepada mereka yang melupakan Allah di dalam kehidupan seharian. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Mereka (orang-orang munafik) melupakan Allah lalu Allah melupakan mereka.”(At-Taubah:67).

Mari kita lihat bagaimana yang dikatakan Allah menjadikan seseorang lupa kepada dirinya sendiri:
1. Allah akan membiar dan mengabaikan hidupnya di dalam kehidupan yang merugikan itu. Kalau jadi perokok misalnya, ia akan merokok berterusan. Kalau jadi penagih dadah, ia akan menagih berterusan. Kalau ia jadi penzina, ia akan berzina berterusan. Kalau ia peminum arak, ia akan minum berterusan. Inilah beberapa contoh seseorang yang Allah jadikan dia lupa pada dirinya sendiri. Itulah bayangan kebinasaan yang melanda. Ia semakin hampir padanya. Lebih hampir dari tangan yang menyuapkan makanan ke mulutnya.

2. Allah akan menjadikannya lupa kepada segala bentuk keuntungan yang hakiki. Dia lupa kepada hakikat kebahagiaan, kejayaan, ketenangan, keberkatan, kebaikan, kesihatan, kekeluargaan dan sebagainya. Bukan sekadar terlupa, perkara-perkara tersebut langsung tidak terlintas di dalam fikirannya. Semua itu tidak menjadi keutamaan dalam hidupnya. Untuk mengendahkannya jauh sekali.
Lihat bagaimana seorang perokok ‘tegar’ membelanjakan dari RM300 hingga RM400 dari pendapatan bulanannya untuk rokok, malah lebih lagi.

Bayangkan kalau ia boleh mendermakan jumlah tersebut kepada masjid dan pembangunan berapa banyak keberkatan dan kejayaan yang akan sicapainya dari Allah swt. Ia bukan sekadar lupa pada ‘saham akhirat’nya, malah terlupa pada kesihatan dirinya sendiri. Perkara ini rasanya dah ‘tak nak’ (malas) kita hendak sebutkan lagi. Kita yang tak hisap rokok lebih risau pasal kesihatan daripada tuan tubuh yang merokok itu. Dia tak ambil pusing pun. Ini contoh paling kecil bagaimana Allah menjadikan seseorang lupa pada dirinya sendiri. Itu belum cerita penagih dadah, peminum arak, pelacur, penzina, kaki judi dan lain-lain.

3. Allah akan menjadikannya lupa pada segala keaiban, kelemahan dan bahaya yang terdapat pada dirinya. Dia melupakan segala penyakit mazmumah yang bersarang di dalam jiwanya seperti sombong, hasad dengki, sangka buruk, pendendam, riak, dan banyak lagi. Kalaupun ia tahu tentang kerosakan jiwanya, tetapi ia tidak pernah terfikir untuk mengubati dan merawatinya. Inilah yang dikatakan hukuman Allah terhadap sebahagian dosa yang manusia lakukan selama tinggal di dunia yang fana ini.

Sama ada kita lupa, remaja kita lupa ataupun Melayu mudah lupa, cuba cari jawapannya dalam hakikat perjalanan manusia menuju Tuhannya sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Helaian