28 September 2006

lebih baik diam

"Rasulullah s.a.w sedang duduk – duduk bersama Sayidina Abu Bakar as – Siddiq. Datang seorang lelaki lalu memarahi dan mencaci – hamun Sayidina Abu Bakar. Sahabat mulia itu diam sahaja, tenang mendengar tohmah dan seranah yang dihamburkan kepadanya. Melihatkan Sayidina Abu Bakar tidak bertindak apa – apa, lelaki itu menjadi semakin berang.

Suaranya semakin lantang mengherdik dan menengking Sayidina Abu Bakar. Namun, caci dan makian itu tidak juga menyebabkan Sayidina Abu Bakar marah. Apa lagi bertindak balas. Beliau duduk diam sahaja di samping Rasulullah s.a.w. Dibiarkan lelaki yang tidak dikenali itu terus galak dengan perangai bodohnya.

Barangkali berasa malu kerana gagal membuatkan Sayidina Abu Bakar bertindak sesuatu, lelaki itu mencaci sekali lagi. Kali ini lebih hebat dan lebih keras. Dituduh, dikeji dan difitnah dengan pelbagai tuduhan serta bahasa yang sungguh kesat, sehingga sahabat mulia itu berasa maruahnya tercabar.

Akhirnya perlahan – lahan Sayidina Abu Bakar bingkas. Melihat Sayidina Abu Bakar lah.a bangun, Rasulullah s.a.w yang sedari tadi berdiam tenang pun ikut bangun. Spontan menarik perhatian Sayidina Abu Bakar, lalu beliau pun bertanya, “ Wahai Rasulullah ! Adakah kau juga mahu membelaku ?”

“Tidak,” jawab Rasul sepatah. “Waktu engkau berdiam diri tadi, malaikat berdiri di sampingmu untuk menafikan kata – kata lelaki itu. Tetapi apabila engkau bangkit untuk menjawab caciannya, malaikat pun beredar meninggalkanmu. Sekarang yang datang adalah syaitan.

Untuk apa syaitan datang ? Untuk mengapi – apikan lagi suasana yang sudah mulai panas. Untuk melagakan lagi keretakan yang sudah mulai pecah dan menyerpih.

Allah s.w.t mengingatkan dalam firman Nya : “ Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak berfaedah, mereka berpaling daripadanya dan berkata, “ Bagi kami amal – amal kami dan bagimu amal – amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang – orang yang jahil. ( Al – Qassas : 55 )

"

jangan lupa diri sendiri

"Bagi seorang hamba yang soleh, satu perkara yang amat menakutkan ialah bilamana Allah s.w.t. melupakan dirinya. Apabila Allah lupakan kita, maka tidak bermakna lagi antara hidup dan mati. Semuanya penderitaan belaka. Bagaimana Kalau ummi kita lupakan kita. Itu pun sudah tak tahan. Masya Allah, gambarkanlah situasi seorang hamba yang dilupakan Penciptanya.

Jika Allah menjadikan seseorang lupa pada dirinya sendiri, tak kira siang atau malam, ia hanya sentiasa terarah mengabai dan membinasakannya. Bagaimana andai situasi ini membelenggu hidup kita? Apa tindakannya kalau suasana ini melingkari batang tubuh kita, isteri dan anak-anak kita? Apa caranya untuk mengembalikan semula ingatan itu?

Ada orang ragu, apakah benar wujud orang yang melupakan diri sendiri? Apa yang tidak benarnya? Bukankah kita sering mengatakan bahawa si polan itu telah lupa diri, lupa daratan dan sebagainya? Kebenaran perkara ini lebih jelas dan nyata bilamana kita merujuk kepada Kitabullah sepertimana maksud firman-Nya: “Janganlah kamu menjadi orang-orang yang lalai kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lalai (lupa) kepada (terhadap) diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik.”(Al-Hasyr: 19)

Sama ada Allah melupakan seseorang atau menjadikan dirinya lupa pada diri sendiri, kedua-duanya adalah hukum kepada mereka yang melupakan Allah di dalam kehidupan seharian. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Mereka (orang-orang munafik) melupakan Allah lalu Allah melupakan mereka.”(At-Taubah:67).

Mari kita lihat bagaimana yang dikatakan Allah menjadikan seseorang lupa kepada dirinya sendiri:
1. Allah akan membiar dan mengabaikan hidupnya di dalam kehidupan yang merugikan itu. Kalau jadi perokok misalnya, ia akan merokok berterusan. Kalau jadi penagih dadah, ia akan menagih berterusan. Kalau ia jadi penzina, ia akan berzina berterusan. Kalau ia peminum arak, ia akan minum berterusan. Inilah beberapa contoh seseorang yang Allah jadikan dia lupa pada dirinya sendiri. Itulah bayangan kebinasaan yang melanda. Ia semakin hampir padanya. Lebih hampir dari tangan yang menyuapkan makanan ke mulutnya.

2. Allah akan menjadikannya lupa kepada segala bentuk keuntungan yang hakiki. Dia lupa kepada hakikat kebahagiaan, kejayaan, ketenangan, keberkatan, kebaikan, kesihatan, kekeluargaan dan sebagainya. Bukan sekadar terlupa, perkara-perkara tersebut langsung tidak terlintas di dalam fikirannya. Semua itu tidak menjadi keutamaan dalam hidupnya. Untuk mengendahkannya jauh sekali.
Lihat bagaimana seorang perokok ‘tegar’ membelanjakan dari RM300 hingga RM400 dari pendapatan bulanannya untuk rokok, malah lebih lagi.

Bayangkan kalau ia boleh mendermakan jumlah tersebut kepada masjid dan pembangunan berapa banyak keberkatan dan kejayaan yang akan sicapainya dari Allah swt. Ia bukan sekadar lupa pada ‘saham akhirat’nya, malah terlupa pada kesihatan dirinya sendiri. Perkara ini rasanya dah ‘tak nak’ (malas) kita hendak sebutkan lagi. Kita yang tak hisap rokok lebih risau pasal kesihatan daripada tuan tubuh yang merokok itu. Dia tak ambil pusing pun. Ini contoh paling kecil bagaimana Allah menjadikan seseorang lupa pada dirinya sendiri. Itu belum cerita penagih dadah, peminum arak, pelacur, penzina, kaki judi dan lain-lain.

3. Allah akan menjadikannya lupa pada segala keaiban, kelemahan dan bahaya yang terdapat pada dirinya. Dia melupakan segala penyakit mazmumah yang bersarang di dalam jiwanya seperti sombong, hasad dengki, sangka buruk, pendendam, riak, dan banyak lagi. Kalaupun ia tahu tentang kerosakan jiwanya, tetapi ia tidak pernah terfikir untuk mengubati dan merawatinya. Inilah yang dikatakan hukuman Allah terhadap sebahagian dosa yang manusia lakukan selama tinggal di dunia yang fana ini.

Sama ada kita lupa, remaja kita lupa ataupun Melayu mudah lupa, cuba cari jawapannya dalam hakikat perjalanan manusia menuju Tuhannya sebagaimana yang dinyatakan di atas.

pElajarilah al Quran

"Al-quran merupakan satu harta yang ditinggalkan oleh Nabi saw untuk kita umat yang diakhir zaman ini. Ramai daripada kita pada hari ini sudah tidak memandang akan keutamaan Al-quran dalam kehidupan seharian kita. Kita sibuk dengan urusan duniawi yang tidak kekal dan tidak pernah cukup. Kita lalai dari membacanya apatah lagi mempelajarinya bagi yang tidak tahu dan tidak mahir membacanya.

Oleh itu wahai saudara-saudaraku, marilah kita kembali kepada Al-quran, marilah kita membacanya setiap hari dan setiap waktu, marilah kita mempelajarinya dan marilah kita mengamalkan apa jua yang terkandung di dalam Al-quran itu..

Ingatlah..Sabda Nabi SAW, yang maksudnya,

Hadis Abu Musa lah.a:
Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: "Sentiasalah membaca Al-Quran ini. Demi diri dan jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya. Sesungguhnya Al-Quran itu sangat mudah hilang dari ingatan berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan dari sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa unta duduk supaya unta tersebut tidak lari."

Lihatlah wahai saudara-saudaraku..
Bagaimana Nabi SAW menggambarkan kepentingan membaca Kitabullah itu.

Tiada ruginya jika kita membacanya..
Tiada kekurangannya jika kita mengamalkannya.

Sabda Nabi SAW lagi yang maksudnya..

Hadis Abdullah bin Mas'ud lah.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain"

Itulah kelebihan bagi mereka yang membaca Al-quran itu.
Tidakkah kita fikir bagaimana pentingnya peranan Al-quran itu dalam kehidupan kita?

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU!!

nAsihatku

"01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Sekian, Wassalam.

tanda cinta ALLAH pada kite

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

terima kasih SUmAyYah

"BUNGKUSAN plastik di atas meja direnung lama. Di dalamnya mengandungi majalah dan laptop kiriman umi buat hawa bernama Sumayyah. Ikmal serba salah. Hatinya berat mahu menyerahkan bungkusan kepada tuan punya.

Dia dibungkus variasi perasaan. Terbahagi dua hatinya saat itu. Jika tidak diserahkan bererti dia mengkhianati janji dan amanah umi. Hendak diserahkan dia tidak ingin bersua wajah dengan hawa tersebut. Bimbang kewalahan tika berjidal. Dia rijal, 'lah-rijal qawwamu a'lah an-nisa' tidak mungkin tunduk kepada makhluk Khalik bernama Sumayyah atau sesiapa sahaja daripada golongan hawa. Makhluk yang telah lama dibenci dan didendami.

"Mal, ini salinan laporan pesakit yang kau minta saya copykan". Suara garau Shamsul singgah di corong telinga. Entah bila doktor muda itu masuk dia tidak menyedarinya.

"Thanks." Pendek lidah berbicara. Fail bertukar tangan. Ikmal bungkam. Kedengaran dia mendengus kecil.

"Hei, kau Kenapa? Macam orang mati bini". Shamsul memancing. Ingin sekali dia menyelami lubuk hati rafik yang akrab sejak di bangku sekolah.

Shamsul tahu, Ikmal agak pendiam dan jarang mahu menyusahkan sesiapa. Dia faham sangat perangai rafik yang satu itu. Rahsianya kemas tersimpan. Jarang mahu dilontar dan diluahkan. Shamsul juga tahu, Ikmal pembenci no satu makhluk Khalik daripada golongan hawa. Puncanya ibunya pernah dikhianati ayahnya kerana tingkah hawa pidana. Mahligai bahagia yang didirikan atas dasar cinta dan kasih sayang sekian lama musnah hanya kerana hawa pidana tersebut. Kembar Ikmal, Akmal mengidap sakit jantung berlubang maut dalam menanti bantuan perubatan daripada ayahnya yang disekat hawa pidana material dunia.

Sebagai seorang rafik, Shamsul tidak menyalahkan Ikmal. Tidak juga dia membenarkan tingkah rafik tersebut. Pernah dia menasihati dan mentauladankan Ikmal namun hati rafik tersebut masih juga begitu. Hampir sahaja dia gembira ketika berada di kampus apabila suatu hari rafik tersebut menyambut baik huluran salam perkenalan Natasya. Junior setahun daripada mereka. Ketika itu dialah insan yang paling bahagia. Bahagia kerana Ikmal tulus menyulam dan menyimpul kasih setia buat hawa. Sehingga Ikmal bersedia menyunting Natasya daripada bustan orang tuanya. Namun sayang, Natasya juga pidana. Bermain kayu tiga di saat Ikmal didatangi derita.

Pasca itu, Ikmal tidak betah lagi tersenyum. Peristiwa-peristiwa pahit tersebut membatukan hatinya. Kepada hawa bergantang-gantang kesumat dendamnya. Jarang Ikmal duduk semeja dengan hawa. Jika adapun hanya atas urusan kerja. Untuk mengenali fungsi airmata jauh sekali. Sementelah rutin seorang doktor. Saban hari berhadapan dengan kesakitan dan maut pesakit membuatkan dia lali dengan semua derita.

"Tak ada apa-apalah. saya ok. Jangan risau. Sham, kau dah jumpa doktor Mohans? Semalam dia called saya suruh bagitahu kau yang dia nak kau turut sama dalam check up pesakit di wad tiga Delima." Sengaja Ikmal mengubah tajuk. Shamsul bukan boleh dilayan sangat. Nanti tidak pasal-pasal terhidu tembelangnya.

"Belum lagi. Sekejap lagi saya ke bilik doktor. Kau betul tak apa-apa? Kalau perlukan saya. saya setia menemani."

"No, thanks. saya ok. Nanti dah terdesak baru saya cari kau." Sengaja Ikmal berlucu. Menghilang nubari gusar di hati rafik setia.

Fail pemberian Shamsul diladeni cermat. Semuanya kerana umi dan perasaan dia sendiri ingin tahu siapa sebenarnya hawa tersebut. Tidak sanggup membiarkan hawa mempermainkan darah dagingnya. Umi beria-ia meminta dia menerima hawa tersebut sebagai pesakitnya.

Menurut umi, hawa tersebut salah seorang tenaga pengajar yang disayangi di sekolahnya. Ah! umi mudah benar percayakan hawa. Tidak serik agaknya dipermainkan kawan karib sendiri suatu ketika dahulu.

Sorot mata membaca laporan pesakit di tangan.

Sumayyah bte Muhammad Yasir. Namanya persis srikandi pertama yang syahid di awal penyebaran Islam. Ketegasan dan kekentalan semangatnya tergambar melalui namanya. Ikmal kagum. Jantungnya berdegup pantas. Berusia 23 tahun. Berdarah jenis 'O'. Mengidap asma dan kerosakan hati yang hampir ke tahap serius. Mengalami ascities luar kawal yang kadangkala menyebabkan kesukaran bernafas. Sedang menanti penderma hati yang sesuai. Seorang penuntut institut pengajian tinggi di Timur Tengah.

"Dia mengalami sakit sebagaimana Ikmal dahulu. Bezanya kerosakan hati Ikmal tidak seserius hatinya. Ikmal tidak memerlukan penderma. Tetapi dia masih tercari-cari dan menanti penderma hati yang sesuai. Bantulah dia. Sumayyah tenaga pengajar yang umi cari dan kagumi. Meskipun hanya guru sementara, umi dan dia rapat. Persisnya dia anak umi sebagaimana Ikmal. Tiada rahsia di antara kami. Dia lubuk ilmu dan sumber rujukan bagi kami dalam masalah-masalah akademik dan agama. Dia tidak pernah merungut atau berat tulang apabila umi memerlukan bantuan. Dia juga sering menjadi bidan terjun apabila guru-guru lain dan umi terdesak".

"Sumayyah perawan suci bukan pidana yang selalu Ikmal benci. Bantu umi selamatkan dia. Ikmal pernah mengidap penyakit yang sama dengannya kerana itu umi mahu dia diletakkan di bawah pengawasan Ikmal. Umi pinta Ikmal lontarkan jauh prasangka buruk hawa pidana daripada Sumayyah. Bantu saja dia kerana umi jika Ikmal tidak menyukainya. Umi mengenalinya. Dia benar-benar persis Sumayyah srikandi pertama yang syahid dalam membenarkan dakwah Rasulullah. Semangatnya untuk terus hidup, menyedar serta membantu manusia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar seringkali membuatkan hati umi tidak tenteram jika umi tidak membantunya."

Gancang fikirannya mengingati buah kata umi beberapa minggu lepas. Dalam keterpaksaan dia menurut kata umi. Tidak sampai hati membangkang kata umi yang terlalu berharap. Seminggu selepas hawa itu dimasukkan ke wad umi bertanya lagi. Bagaimana perkembangan terbaru hawa itu. Bertambah parah apabila umi hadir melawat hawa tersebut. Dia terpaksa akur menebalkan muka meminta daripada pihak hospital supaya namanya disenaraikan dalam kes Sumayyah.

Perkenalan singkat bersama hawa tersebut meninggalkan kesan di nubarinya. Dia mula merasakan kebenaran kata umi. Sumayyah bukan pidana bukan juga hawa-hawa yang sering diprasangkanya. Sumayyah bukan persis Zulaikha yang pernah cuba menggoda Nabi Allah Yusuf A.S. Sumayyah juga bukan Hawa yang memujuk Adam sehingga dicampak Allah ke dunia. Tidak juga Siti Sarah yang cemburukan Hajar sehingga menyuruh Nabi Allah Ibrahim meninggalkan dua insan di padang sahara. Bukan juga Puteri Gunung Ledang yang meletakkan permintaan gila kepada Sultan Mahmud supaya mengorbankan darah daging sendiri semata-mata memenuhi syarat pernikahan keduanya. Yang pasti Sumayyah bukan Natasya yang berlaku curang bersama lelaki lain ketika dia disapa derita.

"Sedang menanti penderma hati yang sesuai?" Sedaya mungkin dia berbahasa di pertemuan pertama kala berhadapan dengan hawa tersebut. Janggal rasanya berbicara lembut sebegitu. Tambahan Sumayyah seorang hawa.

"Begitulah kira-kiranya. Tetapi saya tidak berharap."

"Mengapa kata begitu? Tidak yakin dengan kecanggihan teknologi perubatan moden? Usah khuatir, sudah ramai pesakit yang berjaya menjalani perubatan ini."

"Kalau awak masih ingat, pemindahan hati paling popular pada tahun 1999. Di mana seorang kanak-kanak yang menerima hati daripada seorang pemuda Kedah telah berjaya dilakukan. Sehingga kini kanak-kanak tersebut berjaya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

Peluang untuk hidup selepas pembedahan yang dijalankan ialah 80 peratus pada tahun yang pertama dan 70 peratus bagi lima tahun seterusnya."

"Adik Afiq yang doktor nyatakan tadi terselamat kerana hatinya bersesuaian penderma. Tetapi bagaimana pula dengan yang sebaliknya? Kecanggihan perubatan moden yang disebutkan bukan penjamin kehidupan seseorang. Hebat bagaimanapun, sekiranya Dia menghendaki seseorang itu mati tetap akan mati juga. Bukankah telah difirmankan; Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila telah tiba ajalnya."

"Kisah adik Atiqah meninggal dunia setelah menjalani pemindahan hati pernah menggemparkan Malaysia bukan?" Ah, hawa ini tidak dangkal ilmu perubatannya.

"Cik Sumayyah, adik Atiqah meninggal kerana orang yang menderma hati tersebut tiada kaitan darah dengannya." Pantas Ikmal mempertahankan hujah.

Sumayyah senyum. Kelihatan lesung pipit di kedua belah pipinya.

"Mengapa tidak katakan sahaja ajalnya telah tiba?" Panas terasa di cuping telinga. Ikmal kematian hujah. Sumayyah dipandang marah. Hatinya panas. Egonya seolah jatuh. Terasa kredibilitinya diperkotak-katikkan.

"Maafkan. Dari riak doktor, saya pasti doktor marah. Saya tidak berniat mahu menyanggah kata doktor. Jauh sekali ingin mengaku hebat. Saya cuma ingin doktor tahu dan sedar di sebalik kecanggihan atau kehebatan sesuatu itu adanya yang lebih berkuasa yang lebih patut dan wajib kita percaya. Manusia sekarang lebih mempercayai sesuatu berbanding Pemilik, Pencipta sebenar. "

"Benar kata doktor. Tiada kaitan darah salah satu penyebab kematian adik Atiqah. Saya tahu, seorang penderma mestilah terdiri daripada keluarga. Yang mempunyai emosional related personal seperti suami isteri. Penderma juga mesti mempunyai hubung kait dari segi emosi umpama kawan baik dan sesiapa yang akrab dengan pesakit." Hawa itu kelihatan tenang menyusun bicara. Mungkin dia tahu dia tidak akan temui ciri-ciri penderma tersebut.

Ikmal mula mengkagumi hawa tersebut. Kata umi hawa tersebut hanya penuntut jurusan agama di universiti Azhar. Bagaimana bisa mengetahui semua itu?

Sumayyah persis dapat membaca kata hatinya.

"Tidak semestinya seorang yang tidak mendalami bidang perubatan seperti doktor hanya mengetahui ilmu dicabang-cabangnya. Ilmu Allah itu luas. Layak dipelajari oleh sesiapa sahaja. Seorang cerdik pandai Islam ada menyatakan, ilmu yang hilang itu adalah harta bagi mukmin yang menemuinya".

Hampir sahaja Ikmal senyum. Namun segera dihilangkan.

"Benarkah begitu? Jika benar, sebutkan sahaja apa lagi yang awak tahu mengenai kasus perubatan ini?" Sengaja dia menduga pengetahuan hawa tersebut. Jika tersalah boleh dijidalkan. Egonya perlu dipertahankan.

"Hati, merupakan organ kedua terbesar. Sebarang gangguan mahupun kerosakan akan memberi kesan yang besar kepada sistem tubuh manusia secara keseluruhannya. Hati mengawal sebahagian metabolisma tubuh yang penting dalam pembinaan sel-sel badan. Kerosakan hati akan menyebabkan pengumpulan cecair dalam ruang peritoneum membawa kepada abdomen (ascites). Kesan ini akan berlaku kepada semua peringkat umur pesakit tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Jika ascites tidak dapat dikawal akan menyebabkan kesukaran bernafas, jangkitan kuman kepada organ-organ lain, gangguan dan kerosakan otak (encephalopxathy). Tidak mustahil ia juga boleh menyebabkan koma. Benar bukan?"

Ikmal semakin takjub. Hawa ini bukan sembarangan. Bukan pidana yang selalu dibencinya. Bukan penipu mahupun penggoda sebagaimana janda gila yang menikahi ayahnya. Katanya bertepatan dengan fakta perubatan. Hebat! Dia pasti bukan calang-calang orang. Egonya sedikit runtuh. 'Hei Ikmal, perlukah menjatuhkan ego dan kesumat yang kau pertahankan hanya kerana mengkagumi bicara hawa ini? Sudah lupakah kau segala kesakitan dan derita yang dialami?' Gancang hati berbicara tidak mengizinkan dia meruntuhkan ego dan kesumat yang dipertahankan semenjak sekian lama.

Akhirnya dia terpaksa tunduk mengakui kebenaran bicara hawa di hadapan waima hati mendangkal marah. Ketidakpuasan hati diturutkan agar menyusuli pertemuan berikutnya. Jika benar dia perawan suci tentu mempunyai keintelektualan dalam banyak perkara.

"Tidak punya keluarga yang sudi menderma? Hairan, takkan ibu sendiri tidak sanggup berkorban separuh hati untuk anak kesayangan. Kehilangan separuh hati tidak akan menjejaskan kesihatan. Ia akan tumbuh kembali selepas didermakan." Kebetulan dia mempunyai waktu terluang hari itu sengaja digunakan menemui hawa tersebut. Teringin benar dia melihat hawa itu walah dan marah dengan katanya.

"Ibu saya telah berkorban lebih daripada itu." Senyuman tidak lekang daripada bibir mungil hawa tersebut. Ikmal hairan. Kerlingan singgah di wajah hawa di hadapan.

"Maksud awak?"

"Ibu telah mengorbankan dirinya di saat melahirkan saya." Ikmal tergegau metah. Nubari bersalah bertimpa-timpa. Hampir sahaja dia tidak percaya. Dengan mudah dia walah dan tanpa disedari dia melukai hati hawa di hadapan.

"Maafkan saya. Saya tidak bermaksud…"

"Tidak mengapa. Saya mengerti mengapa doktor bertutur sedemikian. Makcik Nafisah telah menceritakan segala perihal doktor kepada saya.
Cuma, saya hairan. Mengapa perlu disamakan semua hawa dengan peristiwa pahit yang menimpa doktor?" Gemersik kedengaran suara hawa tersebut mencecah ke gegendang telinga.

"Awak tidak pernah mengalaminya. Mana mungkin awak mengerti. Awak hanya tahu saya derita tetapi tidak pernah merasai penderitaan yang saya alami. Bukankah rasa dan tahu berbeza?"

"Doktor bertuah. Waima ayah doktor telah berpisah dengan makcik, sekurang-kurangnya doktor masih punya ayah. Sempat juga doktor merasai dan mengenali kasih seorang ayah meski sebentar cuma. Doktor juga punya seorang ibu yang penyayang. Tidak jemu melayan dan memenuhi kehendak doktor. Sedang saya tidak pernah mengenali apalagi merasai tulus kasih seorang ibu. Saya hanya mempunyai seorang ayah yang kehilangan isterinya. Dan kini membanting tulang demi membiayai perubatan saya. Dalam usia sebegini sepatutnya saya telah boleh membahagiakan dia. Namun sebaliknya." Sinar ketabahan tampak di mata jelinya.

Ikmal membisu. Sekali lagi dia tergegau. Benarkah? Tabahnya dia. Ah! Persetankan. Hatinya masih tidak membenarkan dia terus walah apalagi tunduk dengan bicara hawa yang bernama Sumayyah di hadapan.

"Wajarkah dipanggil ayah sedang dia tidak pernah mempedulikan hak saya sebagai seorang anak? Layakkah dia dikasihi dan dihormati sedang dia tekal membiarkan anak sendiri derita dan kemudian maut kerana terlalu menuruti kata hawa pidana yang digilai? Layakkah?" Hampir sahaja dia menjerit.

Pesakit-pesakit yang berada di wad tersebut memandang dan berbisik sesama sendiri. Sumayyah masih seperti tadi. Tenang. Tidak banyak bicara.

"Kenapa diam? Sudah tewas atau telah kehilangan hujah?" Emosinya benar-benar terganggu apabila mengingati insan yang bergelar 'ayah'. Wajah hawa pidana persis mentertawakan dirinya. Segera wajah kembarnya yang terlantar derita bergentayangan di tubir mata.

"Dia tidak layak untuk dipanggil ayah apatah lagi untuk dihormati. Dia sendiri yang memutuskan hubungan di antara kami."

Sumayyah masih juga membisu. Gementar barangkali.

"Maafkan. Saya kira emosi doktor terganggu. Ada baiknya kita tamatkan pertemuan ini. Seseorang yang dikuasai emosi tidak akan mudah menerima sesuatu perkara meskipun perkara tersebut adalah kebenaran." Akhirnya hawa itu bersuara. Dan dia tidak menunggu lama untuk terus berada di situ.

"Mal, kau Kenapa. saya cakap dengan kau ni!"

Sentuhan Shamsul di bahu menyedarkannya. Dia meraup muka. Segera dia berpaling. Tampak wajahnya berubah menahan perasaan.

"Pagi-pagi dah melamun. Ada masalah ke? Berterus-teranglah mana tahu ia akan melegakan. Risau saya tengok kau. Dah hampir tiga hari kau berkelakuan begini. Atau ada baiknya kau ambil MC."

"Tiada apalah. saya sihat. Masalah kecil sahaja." Ikmal masih berusaha menyembunyikan gelodak hati. Dia berdiri mencapai fail dan stetoskop ingin menuju ke wad. Bungkusan plastik kiriman umi turut dicapai.

"Maafkan saya tempoh hari. Memang saya terlalu menurut emosi." Ikmal berusaha menepis ego dan dendamnya saat itu. Pesanan umi diingati sebaiknya. Hawa di hadapan bukan pidana tetapi perawan suci, menyalin ketabahan dan kekentalan semangat Sumayyah srikandi syahid kala Islam mula bertapak.

"Saya telah lupakan."

"Ini ada sedikit kiriman daripada umi buat awak." Bungkusan plastik bertukar tangan.

"Apa ni? Makcik terlalu baik. Saya tidak mungkin bisa membalas budi dan jasanya." Kelihatan hawa di hadapan terkesima dengan kiriman umi.

"Bukan senang umi mempercayai dan menyayangi orang. Beruntunglah awak berjaya menambat hatinya.
Tentunya awak seorang yang berminat dengan mandala penulisan." Ikmal berusaha mengawal gugup. Entah mengapa nubari gementar. Kapilari darah berlari laju segenap jihat. Sengaja dia membuka tajuk baru. Mengelak sengketa berpanjangan.

"Bagaimana doktor tahu?"

"Saya hanya meneka melalui kiriman umi."

Sumayyah senyum. Lesung pipit di kedua belah pipinya timbul menyerlahkan keaslian wajah yang dimiliki. Pantas debar menjalari nubari. Ah! Mengapa? Dia sendiri hairan dengan perasaannya kini. Bukan dia tidak pernah melihat senyuman dan lesung pipit itu sebelum ini. Tetapi, ah! Dia tidak mengerti.


"Saya belajar banyak perkara melalui mandala ini. Ia kekuatan zahir batin hidup saya. Kewajipan yang telah diamanahkan Khalik setelah saya menyedari peri pentingnya."

Ikmal semakin berminat. Berlainan benar hawa ini. Dia mula memasang telinga, mengizinkan hawa tersebut terus mengatur bicara.

"Dari segi apa? Saya tidak pernah terfikir. Benarkah?" Hawa di hadapan senyum tenang. Ikmal serba-salah. Dia tidak senang duduk. Degup jantung pantas disulami debar. Kelainan terasa. Perasaan apakah ini? Ia pernah hadir suatu ketika dahulu. Ketika mengenali hawa yang pernah bertakhta kemudian memusnahkan kepercayaannya terhadap hawa sendiri. Natasya! Nama itu hadir di jihat sukma.

"Mandala ini salah satu jalan berkesan dan mudah bagi kami menyampaikan ilmu. Dakwah dan ilmu akan sampai ke semua lapisan umur tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Ia juga merupakan kekuatan dalam menentang musuh-musuh Islam. Seorang penulis terkemuka Turki Aminah Uzqan Syenlikoghu banyak menghasilkan karya-karya yang menggerunkan musuh Islam. Beliau pernah dipenjarakan beberapa kali kerana karyanya. Saya mengkagumi semangatnya. Yang pasti hasil melalui penulisan ini merupakan tinggalan berharga buat generasi akan datang. Lupakah doktor pada wasiat akhir Rasulullah SAW; sesungguhnya saya tinggalkan dua perkara kepada ummatku (al-Quran dan Hadis). Sekiranya mereka berpegang teguh kepada keduanya nescaya mereka tidak akan sesat selamanya. "

Ikmal mengangguk-angguk kepala. Kini dia mengetahui sedikit sebanyak peri- pentingnya mandala yang diminati hawa di hadapan.

"Baguslah kalau begitu. Teruskan usaha murni awak. Jika punya kesempatan hasilkan satu karya buat saya." Ikmal sendiri tidak mengetahui darimana datangnya kekuatan menyokong bicara hawa tersebut. Hilang kesumat dendam yang menggunug. Tidak semena-mena dia mengukir senyum.

Semenjak hari itu dia mula mengenali hawa bernama Sumayyah. Pantang punya waktu terluang pasti dia akan menyua wajah menemani dan berkongsi cerita bersama. Sehingga dia terlupa teman yang sering didekati itu adalah daripada golongan hawa yang pernah dibencinya. Dia juga mengetahui bahawa Sumayyah pernah dikecewakan tunang sendiri. Tunangnya berubah hati menikahi teman baiknya di kampus yang sama. Alasannya terlalu lama menanti kepulangan Sumayyah.

"Tentu saja Islam ada jawapannya." Lembut suara itu berdesir memasuki cuping telinga.

"Bagaimana?"

"Dalam Islam ada satu kaedah yang disebut 'Kaedah Fekh'. Istilahnya berbunyi begini, ad-dharrar lah yuzal biddharar, kemudaratan tidak akan dihilangkan melalui kemudaratan. Sebagai contoh, saya sakit dan berkemungkinan akan mati jika tiada penderma organ. Doktor ingin menyelamatkan saya lantas doktor mendermakan organ buat saya. Bagaimana dengan doktor? Jika jelas mengakibatkan kesakitan dan membahayakan nyawa doktor, ia tetap tidak boleh dilakukan. Bagaimana mungkin kita ingin menyelamatkan seseorang dalam masa yang sama kita bakal menanggung kesakitan yang membahayakan?"


Mengingati jawapan Sumayyah beberapa hari lepas menggusarkan hatinya. Entah mengapa. Dia sendiri tidak pasti. Nubarinya sering tidak menentu akhir ini. Bertambah risau apabila memikirkan kata-kata dari. Anas semalam. Tahap kesihatan Sumayyah telah mencecah encephalopxathy dan kini bantuan pernafasan digunakan bagi menampung pernafasannya. Transplantasi hati perlu dilakukan segera. Berkemungkinan koma jika ditangguhkan.

Hatinya resah memikirkan. Dia sendiri hairan mengapa dia begitu risaukan hawa tersebut, sedang sebelum ini dialah pembenci makhluk Khalik bergelar hawa. 'Bagaimana dia harusku bantu. saya telah kehilangan separuh daripada hatiku.' Dalam tidak sedar dia membimbangi situasi hawa tersebut. Tidak dinafikan dia takut kehilangan hawa itu.

Longlai dia mengatur langkah ingin menemui hawa Sumayyah. Ingin mencari kenalan atau saudara yang hampir kepada hawa tersebut. Ingin juga dia menyampaikan pesanan umi yang akan melawatnya petang itu.

"Dia telah dipindahkan ke wad kritikal. Malam tadi dia mengalami kesukaran pernafasan yang amat sehingga menyebabkan dia separuh koma."

Kata-kata jururawat yang kebetulan berada di katil Sumayyah menyentap tangkai hatinya. Serta-merta wajahnya berubah. Segera dia berkejar ke wad yang dimaksudkan.

Sumayyah yang terbaring dipandang sayu. Wayar yang berselirat di tangan hawa itu melemaskan pandangannya. Pantas wajah dipalingkan apabila seorang jururawat menyuntik jarum halus di bahagian lengan milik hawa di hadapan. Sakitnya persis turut terasa ditubuhnya. Hatinya menjerit, tidak mengizinkan jarum itu menembusi urat hijau milik Sumayyah. Tampak manik jernih menuruni pipi hawa di hadapan.

"Doktor Ikmal, ini barang pesakit minta saya serahkan pada doktor."

Laptop pemberian umi kepada Sumayyah dibuka cermat. Jemari mengklik karya-karya yang dihasilkan hawa itu. 'Marsum buat dari. Ikmal'. Pantas. Dia tidak menunggu lama. Skrin di hadapan diladeni teliti.

Izinkan sahaja saya membahasakan diriku 'saya' denganmu agar serasi dan mudah marsum ini kunoktahkan. Andai hatimu punya persoalan mengapa, tentu sahaja jawapanku kerana di hadapan-Nya saya turut menggunakan bahasa ini.

Pernah dahulu kau nyatakan padaku, andai saya punya kesempatan hasilkan sahaja sebuah karya buatmu. Lalu atmaku menyedari masaku kian singkat dan mungkin saya tidak punya kesempatan lagi untuk menemanimu seperti selalu. Lalu marsum ini kubingkiskan buatmu. Anggap sahaja ianya hadiah dariku dalam menjalin persahabatan singkat denganmu.

Andai ditanya, apa yang saya inginkan saat ini. Pastinya akan kunyatakan saya ingin sekali dikurniakan kesempatan untuk hidup kali yang kedua. Masih banyak amanah dipundakku yang belum mampu untuk kulunaskan. Amanah agamaku, amanah kasih ayahku, amanah pengajianku yang terkandas dipertengahan, amanah ibumu dan yang pasti amanah seorang sahabat dalam saya menjalin untaian persahabatan denganmu.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa membimbing sahabatnya ke arah kebaikan bukan membiarkan. Justeru saya kesal kerana saya tidak bisa menjadi sahabat yang baik kepadamu. saya biarkan kau terus membenci ayahmu sedang saya tahu saya telah mengkhianati tulus sebuah persahabatan. Maafkan. saya tidak berupaya.

Ketahuilah… bahawa saya ingin sekali menjawab pertanyaanmu dahulu. Layakkah ayahmu dihormati dan dipanggil 'ayah' dengan segala perbuatannya terhadapmu? Namun saat itu saya maklumi jawapanku hanya akan masuk ke telinga kiri keluar telinga kanan. Amat bahaya mencurahkan minyak ke dalam api yang sedang marak. Detik waktu yang kita habiskan bersama ingin kusuarakan. Namun lidahku kelu. saya juga tidak mampu untuk mengutarakannya. Bimbang renggangnya hubungan yang baru dibina.

Hanya di dalam marsum ini peluang akhirku. Dan saya amat berharap kau mengerti. saya tidak ingin mengkhianati amanah ibumu. Jauh sekali menyulam persahabatan palsu denganmu.

dari. Ikmal,
Walau bagaimana perbuatan ayahmu terhadapmu, dia tetap patut dan layak kau hormati. Sedarilah satu perkara yang telah lama kau lupakan. Dia ayahmu yang menyebabkan kewujudanmu ke buana ini. Buruk atau bagaimana keadaannya dia tetap darah dagingmu. Maafkan sahaja dirinya kerana Islam mengajar sebegitu. Bukanlah seseorang itu kuat dan gagah apabila dia dapat menewaskan lawannya. Tetapi mereka itu adalah insan yang mampu menahan diri daripada nafsu amarahnya.

Biarku ceriterakan sebuah hikayat agar kau tidak lagi membenci ayahmu. Hikayat ini berlaku di zaman Nabi Musa A.S. Seorang pemuda telah diangkat Allah sebagai jiran kepada Nabi-Nya Musa A.S di dalam syurga. Kau tahu sebabnya mengapa? Dia menghormati dan mengasihi kedua orang tuanya meskipun orang tuanya berbuat dosa kepada Allah sehingga mereka dirupakan kepada dua ekor khinzir. Urusan dosa pahala kedua orang tua bukan kita selayaknya menghukumi. Dia lebih mengetahui hikmah segala kejadian yang berlaku.

saya gembira apabila kau sudah mampu untuk tersenyum. Sedikit sebanyak amanah ibumu terlaksana. Ibumu seringkali gundah dengan keadaan dirimu. Ibu mana yang tidak risau andai anak yang disayangi sering dilingkari murung dan dendam? Sementelah dirinya seorang hawa. Persis dia yang telah menghilangkan senyum tawamu.

Benar katamu 'lah-rijal qawwamu a'lah an-nisa'. Namun itu bukanlah hujah apabila kebenaran terbukti. Setiap hawa itu dijadikan dari rusuk yang bengkok. Kaummu lah yang berperanan meluruskannya. Andai adam terlalu keras dalam melenturnya pastinya ia akan patah. Dan andai adam meninggalkannya terus dia akan tetap begitu. Terus bengkok. Lantaran adam dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu berbanding hawa hanya satu akal dan sembilan nafsu. Tentu sahaja kaummu layak dan kuat berbanding hawa. Lantaran itu juga kaummu amat perlu membimbing hawa dalam banyak perkara. Jangan hairan atau pelik apabila hawa lebih emosional berbanding kaummu.

Hawa dijadikan dari rusuk adam. Bukan dari kepala sebagai atasan. Bukan juga dari kaki sebagai alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi. Dekat dengan hati untuk dididik dan dikasihi.

Demikian hawa dijadikan Khalik menjadi sayap kiri adam. Tanpa hawa dunia terasa sempit dan tidak seronok didiami. Nabi Adam pernah gundah hidup keseorangan di dalam syurga yang indah.. Lalu Khalik kurniakan Hawa mengisi kekosongan jiwa. Tanpa permaisuri siapalah adam yang menjadi raja. Tanpa isteri siapalah adam yang bergelar suami.

Tanpa Siti Khadijah barangkali Rasulullah tidak mendapat dorongan yang amat diperlukan untuk terus bangkit berpegang teguh kepada keyakinannya dalam menyebarkan Islam. Tanpa Aisyah barangkali banyak hadis Rasulullah tidak diketahui umat seluruhnya. Tanpa Siti Fatimah barangkali Ali tidak muncul sebagai menantu kesayangan Nabi. Tanpa Asiah barangkali Nabi Musa tidak terbela dalam menentang Firaun durjana. Tanpa Masyitah barangkali tidak terbukti hawa boleh berpegang teguh kepada keimanan biar maut terhampar di hadapan mata. Dan tanpa hawa siapalah adam kerana adam hadir dari perut seorang hawa.

saya kira kau memahaminya. Lontarkan kesumat dendammu. Terima sahaja kebenaran ini. Kadangkala kita terpaksa mengorbankan hati dan perasaan kita sendiri demi menjaga hati dan perasaan orang lain meskipun kita berada di pihak yang benar. Justeru itu saya berpegang; 'berkata benarlah walaupun ianya pahit'. Maafkan saya andai garisah dan atmamu saya gurisi. Ketahuilah saya menyayangi ukhwah ini. Andai ditakdir saya hidup sekali lagi. Izinkan saya menjadi sayap kiri perjuangan dirimu. Maafkan saya buat kesekian kalinya. Hargai ibumu kerana dia juga seorang hawa sepertiku.

Buat akhirnya,
Andai hidup ini punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun, seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

Hawa,
Sumayyah bte Muhammad Yasir.

Titisan manik jernih bertakung lama di tubir mata. Lalu tumpah menuruni pipi. Ikmal sendiri persis tidak percaya. Dia yang dahulu tidak mengenal fungsi air mata kini menangis hanya kerana seorang hawa bernama Sumayyah. Di jihat lain makcik Nafisah mengerti situasi dua hati. 'Kerana kalian akan kudermakan sebahagian hatiku. Terima kasih Sumayyah!'




Glosari:

Walah: tidak terlawan, kalah
Pidana: jahat
Pasca: sesudah, selepas
Gancang: pantas
Kasus: lingkaran, kaitan
Waima: walaupun, meskipun
Tergegau metah: terkejut sangat
Mandala: ilmu, ruang lingkup
Garisah: naluri
Persis: seperti
Rafik: kawan, sahabat (karib)
Ladeni: melayani, mempedulikan
Ceritera: cerita
Sementelah: lebih-lebih lagi

"

sahabatku

"Sahabatku, terlalu banyak nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita dalam kehidupan kita selama ini. Bagaimana kita akan menghitungnya. Setiap detik kita bernafas, setiap saat jantung berdenyut, setiap detik mata berkelip. Tak termampu kita menghitung nikmat yang di beri.

Syukur ke hadrat Allah SWT yang melimpah segala nikmat hidup lebih-lebih lagi menjadi umat Nabi
Muhammad SAW yang telah di beri nikmat Islam dan Iman.

Justeru itu Allah SWT berseru kepada kita berulangkali sebanyak 31 kali dalam Surah lah-Rahman:
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan".

Antara nikmat yang di beri ialah sepasang kaki buat kita berjalan
kesana sini buat mencari rezeki Allah di bumi yang luas ini. Besarnya nikmat mempunyai sepasang kaki. Tanpanya tiada upaya kita untuk bergerak bebas melakukan kerja seharian. Sahabatku, kemanakah seharian kaki ku kaki mu melangkah pergi? Adakah kaki ku kaki mu rajin benar melangkah ke tempat-tempat maksiat dan tempat-tempat hiburan yang melalaikan buat melampias nafsu serakah dan menghabiskan usia yang memang singkat ini.

Atau kaki ku kaki mu ligat pula berkunjung ke tempat-tempat perjudian buat mencuba nasib manalah tahu ingin cepat kaya dengan jalan yang mudah dan haram. Kalau begitu langkah kaki ku kaki mu, celakalah kita. Kaki ku kaki mu akan menjadi saksi kerana melangkah ke tempat yang menjadi kemarahan Allah SWT. Sahabatku, mengapa kita kufur nikmat? Alangkah baiknya kalau kaki ku kaki mu di hayun ke masjid-masjid, majlis-majlis ilmu dan
tempat-tempat kebajikan buat menyebarkan ilmu dan mengisi dada kita dengan ilmu dan iman.Rajin-rajinlah kaki ku kaki mu melangkah ke rumah saudara-mara, orang-orang tua yang uzur buat menghubungi siratulrahim.

Atau pun menziarahi saudaramu yang telah menjadi jenazah jadi iktibar buat mu bahawa kematian semakin hampir.

Ringan-ringankanlah kaki ku kaki mu melangkah ke rumah anak-anak yatim. Jenguk-jenguklah ke rumah anak-anak istimewa yang dambakan kasih sayang ibu ayah. Hulurkan tanganmu membantu apa yang termampu, wang ringgit atau kudrat mu buat meringankan beban dan kedukaan mereka. Percayalah sahabatku,
nanti hati kita jadi lembut dan sebak melihat ada yang punya kaki tapi lumpuh minta di kendong. Ada yang punya kaki, kerusi roda kakinya.

Ada yang punya kaki, dua tangan jadi kakinya. Mereka minta di suap, minta di pujuk kerana tak sempurna akalnya. Berilah sumbangan apa yang termampu. Riangkan hati mereka sambil mengusap kepala mereka tanda kasihmu. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita yang lengkap sempurna segala sifat anggota dan akal.

Bagaimana harus kita mensyukuri segala nikmat yang di beri?Justeru itu, sebelum kaki ku kaki mu melangkah pergi, fikirkan banyak kali kemana kah tujuan mu? Sekiranya langkah kaki ku kaki mu membawa kebaikan teruskan langkahan kaki tetapi jika sebaliknya, batalkan saja niatmu itu. Sahabatku, jangan kau hairan dan terkejut nanti di hadapan Allah SWT, lidah kita akan jadi kelu terkunci, tidak dapat berkata-kata lagi. Hanya setiap
anggota, termasuk kaki ku kaki mu yang akan menjadi saksi setiap perbuatanmu..

"

sendu seorang adik

mak, Kenapa adik tak ada ayah? Kenapa ayah tinggalkan adik?"

Emak bingung, soalan itu sering adik ungkapkan. Macam mana emak nak jawab. Adik faham ke kalau emak katakan yang emak dan ayah dah berpisah dan ayah dah kahwin lain. Nanti adik mesti tanya Kenapa emak dan ayah berpisah? Kenapa emak dan ayah Ee tak berpisah? Kenapa emak dan ayah Najlah tak berpisah? Kenapa emak dan ayah Fifi pun tak berpisah? Kenapa mesti emak dan ayah adik berpisah? Emak usap kepala adik.

"adik, ayah tak tinggalkan adik, ayah ada, satu hari nanti ayah balik.." emak pujuk adik lembut-lembut. Adik senyum, tak sabar rasanya nak menunggu 'satu hari' itu. Selama ingat adik, adik Cuma lihat wajah ayah di gambar yang tergantung dibilik emak. Penat adik menggelamun, akhirnya adik terlelap.

Sedar saja adik dengar laungan azan subuh. Merdu dan mendayu-dayu. Adik bingkas bangun. Lama adik termenung. "sedapnya…satu hari nanti adik pun nak nyanyi nasyid macam tu.." adik tersengih dibelakang emak yang sudah siap bertelekung.

"itu bukan nasyid sayang, itu azan, laungan untuk menyeru semua umat islam menunaikan solat", emak membetulkan pengetahuan adik.
Emak memimpin adik ke bilik air. Emak mengajar adik berwuduk. Mula-mula adik kena basuh tangan. Moga-moga dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh tangan gugur bersama air sembahyang. Lepas tu adik berkumur dan begitulah seterusnya.

Adik cari telekung, nak pakai cantik-cantik macam emak pakai. Emak tersenyum, tapi adik lelaki..
Emak mengajar adik bersolat. Bila selesai, adik tersenyum.
"mak, mesti Tuhan sayang kat adik kan?" emak menggangguk. "mesti lepas ni Tuhan bagi balik ayah kat adik kan?" emak mengangguk lagi. Adik tersenyum puas. Wahh..Tuhan sayang kat adik, Tuhan tak sayang kat Ee, Tuhan tak sayang kat Najlah, Tuhan tak sayang kat Fifi. Tuhan sayang kat adik seorang saja. Adik tersenyum bangga.

Pagi itu, seperti biasa adik ikut emak menjaja kuih. Keliling kampung adik berjalan mengikut emak. Ketika emak berhenti di kedai Long Gayah meletakkan kuih muih, adik berlari mendapatkan Ee, Najlah dan Fifi yang sedang bermain di tepi longkang.

"nak main jugak," adik tersengih menegur kawan-kawannya. "boleh, tapi kami main rumah-rumah. Najlah jadi emak, Fifi jadi kakak.Adik jadi ayah ye.." Najlah memberi cadangan. Adik tersengih dapat jadi ayah. Tapi macam mana nak jadi ayah, Adik tak tau apa peranan ayah.

"tak boleh…tak boleh..Adik tak boleh jadi ayah, sebab Adik tak ada ayah. Biar Ee jadi ayah, Ee ada ayah..", Ee mula memberontak. Adik sekadar menggangguk. Jauh disudut hatinya, Adik sedih. Adik nak menangis, tapi cepat-cepat Adik teringat, pagi tadi Adik solat subuh, Tuhan sayang kat Adik, Tuhan tak sayang kat Ee.

"Adik jadi mamak roti, sebab Adik hitam macam mamak roti," Ee memberi cadangan. "Adik tak mahu jadi mamak roti, Adik nak jadi orang laung azan".
"mana boleh!" Ee memberontak. Ee tolak Adik. Bedebukkk!! Adik jatuh ke tanah. Adik tak mengalah, Adik bangun tolak Ee kuat-kuat. Bedebukkk!!! Ee jatuh. Ee menangis teresak-esak.
"Ee bagitau kat ayah!" Ee gertak Adik. Adik diam. Adik nak bagitau siapa? Adik hanya boleh bagitau emak, tapi emak Adik tak boleh lawan ayah Ee. Ayah Ee kuat.

"Adik bagitau mak!" Adik melawan.
"ayah Ee kuat, mak Adik tak kuat!" Ee mengamuk
"Adik Bagitau Tuhan! Mak kata Tuhan kuat tak ada siapa boleh lawan Tuhan!" Adik berlari meninggalkan Ee termanggu sendiri.

Adik menangis teresak-esak.
"Kenapa?" soal emak lembut.
"mak, Kenapa adik hitam macam mamak roti?"
"mana ada hitam, kulit adik kan sama macam kulit mak.., kalau Adik hina kulit Adik maknanya Adik hina kulit emak juga, Tuhan marah tau.." Emak memujuk Adik. Memanglah kulit Adik macam kulit emak sebab emak, emak Adik dan Emak bukan orang melayu, Emak orang bangsa lain. Emak tinggalkan keluarga dan amalan nenek moyangnya demi sayangkan ayah. Sebab itu, emak tak pernah membenci ayah biarpun ayah meninggalkan emak sendiri. Kerana ayahlah, emak kenal agama Islam. Kerana ayahlah emak kenal Allah. Kerana ayahlah emak keluar dari kegelapan. Dan kerana ayahlah, emak ada Adik. Biarlah ayah tinggalkan emak tapi emak tidak akan meninggalkan Allah. Allah Yang Satu.

"mak, Kenapa Adik tak ada ayah?"
Emak pening. Soalan itu lagi diulang-ulang. Emak Cuma diam merenung tanah.
"Adik..," Long Gayah menghampiri Adik dan Emak.
" walaupun Adik tak ada ayah, tapi Adik ada emak, betul tak?, Emak boleh jaga Adik lebih baik dari ayah Ee jaga Ee, kan??", Long Gayah pujuk Adik. Airmata Adik disapu. Wajah Adik dielus lembut. Kepala adik diusap penuh kasih sayang.
"mungkin kalau Adik ada ayah, Adik tak ada emak. Mana satu adik nak", Long Gayah sambung lagi.
"Adik nak dua-dua sekali", jawab Adik tersekat-sekat.
Long Gayah terdiam. Tak tau nak jawab apa lagi. Adik ternganga menanti jawapan Long Gayah.
"Adik tau ayah tak sayang Adik, tapi Adik tau Tuhan sayang Adik sebab Adik sembahyang subuh pagi tadi, kan Long?"

Long Gayah mengangguk. Tersenyum dengan linangan airmata. Berlinang airmata mengenangkan Adik, anak kecil yang terlalu rindukan kasih ayah. Mengenangkan emak, saudara baru yang ditinggalkan terkontang-kanting menempuh ranjau hidup sendirian. Mengenangkan segala-gala rencah hidup manusia zaman sekarang. Memikirkan bagaimana agaknya emak akan membesarkan Adik untuk menjadi seorang muslim sejati.

"Adik nak balik, Adik nak sembahyang subuh lagi, nak sembahyang banyak-banyak kali, biar Tuhan sayang Adik banyak-banyak." Lamunan Long Gayah terhenti dengan suara kecil Adik. Long Gayah ketawa kecil dengan teletah Adik. Adik mengheret tangan emak. Nak balik rumah lekas-lekas.
Sedang Adik dan emak mahu melintas jalan, sebuah kereta menderu laju memintas lalu berhenti betul-betul dihadapan emak dan Adik. Adik kaget. Emak memeluk Adik erat-erat. 3 lelaki berkulit lebih kurang emak keluar dari kereta. Dengan wajah garang, suara garang dan segala-gala garang, 3 lelaki berkulit lebih kurang emak mengheret emak masuk ke dalam kereta. Emak menjerit dan meronta dengan bahasa yang adik tak faham. 3 lelaki itu juga turut bercakap dalam bahasa yang adik tak faham sepatah haram. Dengan kudrat yang ada, emak melawan bersungguh-sungguh. Adk menangis dalam pelukan emak. Rangkulan emak makin erat. Raungan Adik semakin kuat. rasa takut, marah dan benci dengan 3 lelaki itu menyerang seluruh jiwa Adik. Allah Maha Penyayang.

Ketika itu Adik nampak Long Gayah berlari keluar dengan batang penyapu ditangannya. Ayah Ee turut serta sambil menggenggam parang panjang. Dibelakangnya diikuti beberapa orang pakcik yang sedang makan digerai Long Gayah.
Apalagi, 3 lelaki berbahasa pelik itu membuka langkah seribu meninggalkan emak terjelepok ditanah. Emak menangis teresak-esak. Merintih-rintih dalam bahasa yang Adik tak faham. Adik menendang-nendang angin melepaskan geram pada lelaki yang menyebabkan emak bertukar bahasa itu. Hampir sejam emak mengumpul kudrat untuk pulang ke rumah.
Adik tanya emak siapa lelaki berbahasa pelik itu. Tapi emak tak jawab. Long gayah tanya, emak jawab pula. Emak kata mereka mahu emak balik. Balik ke mana? Balik ke pangkuan keluarga dan amalan asal nenek moyang emak. Mereka mahu emak meninggalkan cahaya Allah. Emak bertekad tidak akan meninggalkan agama Allah. Tidak akan meninggalkan cahaya Allah yang sentiasa menyinari hidup emak.

"kalau ada ayah, mesti ayah lindungi kita kan emak..," Adik merungut lagi.
"Tak apa Adik, Allah ada, Allah akan lindungi kita, Allah lagi kuat dari ayah"
Adik menggangguk lemah. Emak merangkul Adik dengan penuh kasih sayang.
"Adik, biarlah kulit kita hitam, asalkan hati kita putih
Adik, biarlah hidup kita miskin, asalkan amal ibadat kita kaya
Adik, biarlah ayah tak sayangkan kita, asalkan Allah sentiasa kasihkan kita.."
Adik terlelap dipangkuan emak.

"Adik..bangun", Adik terkejut apabila emak menepuk-nepuk tubuh adik. Kenapa emak kejut Adik? Adik tak dengar pun azan subuh. Yang adik dengar hanyalah bunyi pintu kayu rumahnya diketuk bertalu-talu. Emak mencium Adik bertalu-talu, kelam kabut Emak menolak tubuh adik masuk ke bawah katil. Berkali-kali Adik tanya Kenapa, tapi emak tidak menjawab. Emak pesan kepada Adik supaya tidak keluar selagi Emak tak panggil. Adik menggangguk.

Selepas itu, Adik tak nampak apa yang berlaku. Yang Adik dengar hanyalah suara lelaki bercampur baur dengan tangisan emak. Sekali lagi mereka berbicara dalam bahasa yang Adik tak faham. Yang Adik dengar hanyalah suara Emak menyebut kalimah Allah. Itu sahaja yang Adik faham.
"Allah..Allah..Allah..." emak terus menyebut kalimah itu biarpun suara lelaki berbahasa pelik itu menjerit menenking kepada emak. Emak terus menyebut kalimah suci itu tanpa rasa gentar.
Adik menggigil dibawah katil. Adik nak keluar, nak tengok apa yang berlaku pada emak. Nak tolong emak. Adik kan lelaki! Tapi Adik ingat pesan emak. Adik perlu patuh kepada emak, kalau tidak Tuhan marah.
"Allahuakbarrr!!!!!!!!!!!!" suara jeritan emak memecah suasana. Adik menggigil lagi. Adik cuba mengamati apa yang berlaku.
"Allah...Allah...Allah.." kalimah suci itu kedengaran semakin perlahan. Lama kelaman Adik tak dengar lagi kalimah itu. Suara emak telah terhenti.

Begitu juga suara lelaki-lelaki berbahasa pelik. Kenapa emak diam? Adik terus menunggu emak memanggil Adik keluar. Menunggu dan terus menunggu.
Sehinggalah, laungan azan subuh kedengaran. Adik serba salah. Tapi Adik perlu keluar untuk sembahyang subuh supaya Allah sayang Adik. Mahu tak mahu, Adik merangkak keluar. Ketika Adik teraba-raba, tangan Adik tersentuh cecair. Adik diam. Seingat Adik, Adik tak tumpahkan air semalam. Adik tersengih, mungkin adik kencing malam. Habislah emak marah Adik. Adik merangkak berhati-hati.
Tatkala adik mengangkat kepala, Adik kaget lagi. Didepannya, tubuh emak kaku berlumuran darah dengan pisau panjang tercacak didadanya.

Namun Al-Quran di tangan emak, tetap erat digenggamannya.
Dunia Adik terasa berpusing, gelap.masa terhenti. Emakkkkk!!!!!!!
Laungan Adik memecah keheningan subuh.

"Adik, biarlah kulit kita hitam, asalkan hati kita putih
Adik, biarlah hidup kita miskin, asalkan amal ibadat kita kaya
Adik, biarlah ayah tak sayangkan kita, asalkan Allah sentiasa kasihkan kita.."

Selepas ini tak ada lagi emak yang akan wudukkan Adik. Tak ada lagi emak yang akan bentangkan sejadah untuk Adik. Tak ada lagi emak tempat Adik mengadu dan tak ada lagi emak, satu-satunya manusia dalam hidup Adik. Adik memandang sayu pusara emak melangkah longlai meninggalkan harum seroja yang seharum kasih emak pada Adik.

24 September 2006

mUhAsabah diRi

"1. Apakah anda setiap hari selalu shalat shubuh berjamaah di masjid ? (bagi ikhwan) 2. Apakah anda selalu menjaga shalat yang 5 waktu berjamaah di masjid ? (bagi ikhwan) 3. Apakah anda hari ini membaca Al-Qur’an?4. Apakah anda rutin membaca dzikir setelah selesai melaksanakan shalat wajib? 5. Apakah anda selalu menjaga shalat sunnah rawatib sebelum dan sesudah shalat wajib? 6. Apakah anda hari ini khusyu’ dalam shalat, menghayati apa yang anda baca? 7. Apakah anda hari ini mengingat mati dan kubur? 8. Apakah anda hari ini mengingat hari kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya? 9. Apakah anda telah memohon kepada Allah sebanyak 3 kali agar dimasukkan ke dalam syurga? 10. Apakah anda telah meminta perlindungan kepada Allah sebanyak 3 kali agar diselamatkan dari api neraka? Karena: "Barang siapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, Syurga berkata, "Wahai Allah! Masukkanlah ia ke dalam syurga", dan barang siapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka sebanyak 3 kali, Neraka berkata, "Wahai Allah! Selamatkan ia dari api neraka"." (Shahih Al-Jami’ No. 6151 Jilid 6) 11. Apakah anda hari ini membaca hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam? 12. Apakah anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik? 13. Apakah anda telah berusaha untuk menghindari banyak tertawa dan bergurau? 14. Apakah anda hari ini menangis karena takut kepada Allah? 15. Apakah anda selalu membaca dzikir pagi dan sore hari? 16. Apakah anda hari ini telah memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang telah anda perbuat? 17. Apakah anda telah memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid? Karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa yang memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid, maka Allah akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal di atas tempat tidurnya." (hari. Muslim) 18. Apakah anda telah berdo’a kepada Allah agar Ia menetapkan hati anda di atas agama-Nya? 19. Apakah anda telah mengambil kesempatan untuk berdo’a kepada Allah di waktu –waktu yang mustajab? 20. Apakah anda telah membeli buku-buku islam untuk memahami islam? (Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan pemahaman yang diikuti oleh para sahabat Nabi, karena banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran justru merusak pemahaman Islam yang benar). 21. Apakah anda memintakan ampun kepada Allah untuk saudara-saudara mukminin dan mukminah? Karena dengan mendo’akan mereka anda mendapat kebaikan pula. (Shahih Al-Jami’ No. 5902) 22. Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat Islam? 23. Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya? 24. Apakah hari ini anda telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang membutuhkan? 25. Apakah anda dapat menahan amarah yang disebabkan karena urusan pribadi dan berusaha untuk marah karena Allah semata? 26. Apakah anda telah berusaha untuk selalu menjauhkan diri dari sikap sombong dan membanggakan diri? 27. Apakah anda telah mengunjungi saudara –saudara seiman dan seagama (ikhlas karena Allah semata)? 28. Apakah anda telah berdakwah untuk keluarga, saudara-saudara, tetangga, dan siapa saja yang yang ada hubungannya dengan diri anda? 29. Apakah anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua? 30. Apakah anda selalu mengucapkan "Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun – Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya" jika anda mendapat musibah dari Allah? Karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Hendaklah masing-masing kalian melakukan istirja’ (mengucapkan Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun) pada setiap hal meskipun ketika tali sandalnya putus karena hal itu termasuk musibah." (Hadits hasan, lihat Shahih Al-Kalimut Thayyib No. 140) 31. Apakah anda hari ini mengucapkan do’a: "Allahumma Innii A’uudzubika an Usyrikabika wa Anaa A’lam wa Astaghfiruka Limaa lah A’lam – Ya allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari menyekutukan-Mu sedangkan aku mengetahui dan aku memohon ampunan-Mu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui." (Shahih Al-Jami’ No. 3625). Barang siapa yang mengucapkannya maka Allah akan menjauhkan darinya dari syirik besar dan syirik kecil. 32. Apakah anda selalu berbuat baik kepada tetangga? 34. Apakah anda telah membersihkan hati dari sombong, riya, hasad dan dengki? 35. Apakah anda telah membersihkan lisan anda dari perkataan dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat kusir dan berbuat serta berkata yang tidak ada manfaatnya? 36. Apakah anda selalu takut kepada Allah dalam hal penghasilan, makanan, minuman dan pakaian? 37. Apakah anda selalu bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan? "Akhi muslim, jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan perbuatan nyata, agar engkau mendapat ridla Allah dan menjadi orang-orang yang beruntung di dunia dan di akherat, Insya Allah."

BuRung piPit

"Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air? Burung : Saya ingin membantu memadamkan api yang sedang marak. Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja? Burung : Saya tahu. Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tak akan dapat memadamkan kebakaran itu? Burung : Saya tahu wahai pemuda. Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu? Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada saya nampak atau tidak kebakaran itu, saya akan jawab bahawa saya nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha saya untuk membantu. Lalu saya akan menjawab bahawa saya telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu. Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia. Moral : Jika kita mahu menolong seseorang, bantulah sekadar yang kita mampu. Sekurang-kurangnya kita ada menyumbang bakti."

Helaian